jawab menjamin keamanan dalam upaya Penentuan Pendapat
menginstruksikan agar semua pihak (dalam hal ini yang terjangkau ialah TNI
dan kelompok pro-integrasi) untuk tidak melakukan sesuatu yang berbau
intimidasi. Angin segar ...
Mobility of labor in Indonesia.
Mulai tahun 2008, Sakernas mengumpulkan informasi mengenai mobilitas
tenaga kerja secara lebih lengkap dan ... Tujuan awal dari perancangan
Sakernas adalah untuk mengumpulkan data ketenagakerjaan yang
berkesinambungan.
Environmental impact analysis of harbors in Indonesia.
Isi perancangan ini masih berupa pola pencegahan dan penanggulangan
dampak. Oleh karena kedudukannya, maka dokumen RKL tidak menghasilkan
dokumen lelang, tidak menghasilkan gambar kerja atau gambar untuk lelang
dan ...
Kajian pembinaan pelantar minyak dan gas luar pantai dan analisis kosini mempunyai toga objektif yang utama. Objektif yang pertama adalah untukmengenali dan memahami pembinaan pelantar minyak dan gas secara am dankeseluruhan pembinaan pelantar yang meliputi aspek dari rekabentuk sehingga penyiapan pelantar. Manakala objektif yang kedua adalah untuk mencadangkanpenggunaan konsep analisis kos dalam pembinaan pelantar dan yang ketiga adalah bertujuan untuk mengenali cara-cara perancangan kos dalam pembangunandan pembinaan pelantar minyak.Kajian pembinaan pelantar adalah berasaskan teori-teori fabrikasi dan pembinaan, pelantar minyak dan gas luar pantai. Pembinaan pelantar adalahmerangkumi pengenalan kepada industri petroleum yang menerangkan prosesdan fasa-fasa operasi huluan manakala perancangan pembangunan pelantarminyak luar pantai pula akan menerangkan proses perancangan pembangunan, pelan pembangunan permukaan dasar laut dan pemilihan kemudahan. Di samping itu, kajian ini juga akan membincangkan binaan pelantar minyak dan gas luar pantai mengikut fungsi dan jenis-jenisnya yang akan mengenalkan binaan pelantar secara umum. Seterusnya penyelidikan ini memberikan tumpuankepada kaedah pembinaan pelantar minyak dan gas, yang membincangkan aspek-aspek pembinaan pelantar meliputi aspek rekabentuk, fabrikasi, penghantaran ke lokasi, pemasangan dan ikatan penggukuhan, ujian dan pemeriksaan. Perbincangan pembinaan ini, merangkumi elemen-elemen utama pelantar yang terdiri daripada bahagian 'topsides', 'main support frame' dan jaket yang juga melibatkan kerja-kerja cerucuk. Kajian pembinaan ini boleh memberikan pengetahuan baru kepada profesion ukur bahan untuk menceburkan diri dalam industri petroleum serta menerokai bidang baru dalam kejuruteraan berat. Penyelidikan ini juga telah membincangkan cara perancangan kos dalam pembangunan pembinaan pelantar. Perancangan kos ini adalah terdiri dari prinsip-prinsip perancangan kos, penggunaan perancangan kos, kaedah anggaran kos dan contoh sistem anggaran kos untuk fabrikasi. Perbincangan perancangann kos ini telah memberikan gambaran ringkas bagaimana perancangan dan kawalan kos dalam industri petroleum dijalankan. Cabaran utama penyelidikan ini adalah, untuk mencadangkan penggunaan konsep analisis kos dalam pembinaan pelantar minyak dan gas luar pantai. Semasa kajian ini dijalankan, tidak ada penggunaan konsep analisis kos.
Manakala objektif yang kedua adalah untuk mencadangkanpenggunaan konsep analisis kos dalam pembinaan pelantar dan yang ketiga adalah bertujuan untuk mengenali cara-cara perancangan kos dalam pembangunandan pembinaan pelantar minyak.Kajian ...
Proses perancangan melibatkan satu perkaitan kaedah-objektif. Ketidak sempurnaan dalam kaedah menjalankan perancangan akan menjejaskan kualiti objektif. Dalam mengawal suatu kawasan yang pesat membangun, satu ekses yang pantas kepada maklumat akan mempertingkatkan kecekapan proses perancangan bandar. Pada masa kini, penggunaan sistem maklumat yang bersepadu merupakan salah satu alternatif dalam urusan pentadbiran dan perancangan bandar. Keupayaan sistem maklumat dalam membekalkan maklumat secara sistematik dan cekap dapat meningkatkan keberkesanan analisis perancangan dalam mengatasi masalah perbandaran. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kemungkinan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam proses kelulusan perancangan. Bagi tujuan tersebut, satu kawasan ujian dipilih iaitu Pusat Bandar Baru Petaling Jaya; dan skop kajian adalah dikhususkan kepada kajian kesan lalulintas akibat daripada satu cadangan projek pembangunan kompleks pejabat 22 tingkat. Dalam kajian ini, analisis reruang dan analisis lalulintas dilakukan secara berasingan tetapi saling berhubungkait. Ini dapat dilihat dari segi peranan GIS untuk menguruskan pengkalan data yang diperlu bagi analisis lalulintas, menjalankan analisis ROUTING bagi mengenalpasti laluan terpantas dari satu lokasi ke lokasi yang lain, serta mengimpot hasil analisis lalulintas ke dalam pengkalan data dan dikait dengan data reruang untuk menunjukkan hasil analisis secara dua dimensi. Keupayaan GIS dalam menjawab persoalan `Apakah yang berlaku di ...?', `Di manakah?', `Apakah yang telah berlaku sejak ...?', Apakah corak reruang yang wujud?' dan `Apa akan berlaku sekiranya ...?' akan membantu dalam penggubalan keputusan dengan lebih berkesan. Walau demikian, kewujudan GIS bukan bertujuan menggantikan peranan pihak penggubal keputusan tetapi membekalkan maklumat dalam menyokong proses penggubalan keputusan dengan lebih sistematik dan rasional; manusia masih memainkan peranan penting dalam memastikan kesesuaian keputusannya dibuat. Secara ringkatnya, hasil penemuan kajian ini telah membuka jalan untuk kajian berdasar GIS dalam konteks yang lebih luas.
Proses perancangan melibatkan satu perkaitan kaedah-objektif.