Sebanyak 4 item atau buku ditemukan

BEST PRACTICE OF OUTSOURCING IN ELECTRICAL AND ELECTRONICS COMPANIES IN MALAYSIA

The challenges in the business world never stop escalating as today’s customer are more difficult to satisfy, company’s products are easily copied, and technology is changing rapidly. Outsourcing is becoming more popular in today’s business as companies have limited resource to become the best in every business process. However, not all outsourcing are successful. The initial intention to save costs may result in increasing of costs if outsourcing activities are not extensively planned. The intention of this monograph is simple as the writers intend to introduce a good practice of relational-oriented exchange that will lead to better outsourcing performance. It is hope to address issues surrounding customer demand and market competition which is found to affect the relational-oriented exchange and outsourcing success. http://uumpress.uum.edu.my/

The challenges in the business world never stop escalating as today’s customer are more difficult to satisfy, company’s products are easily copied, and technology is changing rapidly.

HAK ASASI PEKERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG

Buku ini merupakan rujukan alternatif bagi setiap individu yang bekerja dalam sektor awam bagi memahami hak-hak asasi mereka sebagai pekerja sektor awam di Malaysia. Menariknya buku ini mengupas secara menyeluruh berkaitan hak asasi pekerja dari sudut perspektif Islam dan undangundang sekali gus mampu membina inspirasi hakiki kepada para pekerja sektor awam khususnya di Malaysia. Hubungan majikan dan pekerja merupakan antara faktor utama yang menjadi penentu ke arah kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Persefahaman dan penghormatan terhadap hak asasi pekerja merupakan suatu perkara yang penting dalam mewujudkan perhubungan industri yang harmoni. Justeru, buku ini adalah penting dalam usaha menganalisis hak asasi pekerja di kalangan pekerja sektor awam di Malaysia yang dilihat dari perspektif Islam dan kerangka perundangan di Malaysia.

viii Kebebasan memilih pekerjaan Kontrak pekerjaan Ganjaran dan faedah
pekerjaan Kemajuan kerjaya Keselamatan dan kesihatan pekerja Peruntukan
Undang-Undang Pekerja di Malaysia Ringkasan sejarah undang-undang buruh
di ...

KOMPETENSI EMOSI DAN KUALITI GURU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. Perbincangan juga meliputi aspek perbezaan kompetensi emosi dan efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dari segi faktor demografi umur, jantina dan pengalaman mengajar, serta dimensi utama dalam kompetensi emosi yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dengan efikasi kendiri. Wujud perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar ke atas guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta. Jelas, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia. http://uumpress.uum.edu.my/

Monograf ini membicarakan kajian tentang pengaruh kompetensi emosi ke atas efikasi kendiri guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia.