Sebanyak 11 item atau buku ditemukan

Air Mata Siti Hajar

SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat merihnya sendiri. IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik menjeruk hati. Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi. Kata-kata Aisyah mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup bermadu. Ada, tetapi… Hajar bukanlah gerangannya.

Biar tidak boleh ketawa lagi. “Ketawa. Ketawa kuatkuat. Sampai tak ingat dunia.
Biar hati yang sudah berkarat bertambah karatnya. Malam nanti, baru menangis
sendiri. Iyalah. Jiwa yang tidak bersih pasti berasa tidak tenang dan tenteram.

Biar Tahu Jangan Keliru

Hidup kita ini seolah-olahnya tidak sempurna tanpa persoalan. Biasanya, mesti berkaitan agama. Jika tidak tertimpa kita, orang lain yang kena. Meskipun begitu, penyelesaiannya mesti dicari jua. Satu perkara yang perlu sentiasa diambil kira. Bersiap siagalah kita agar tidak terkeliru dengan pandangan yang melampaui pendapat agama. Caranya, berbaliklah pada DIA dengan menghayati ajaran-NYA. Kita suka bertanya. Bersangka-sangka pun apa kurangnya. Ini lumrah kita sebagai manusia. Akal yang dikurniakan kadangkala mereka perkara yang melampaui had sepatutnya. Hati pun sama. Adakala terjentik juga mengangkat ‘tangan’ menyokong si akal yang huru hara. Apa lagi, dosa dan pahala berlumba-lumba menjuarai takhta.

Hidup kita ini seolah-olahnya tidak sempurna tanpa persoalan.

Kisah Laki Bini

Pesan aku, sila renung kisah salah seorang dari tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kamu. Susahnya mereka hendak tiba ke tapak kenduri setelah diuji sepanjang perjalanan yang sepatutnya setengah hari telah menjadi tiga hari tiga malam. Jangan mudah lafaz talak! Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda selamat dari azab api nereka. Semoga WOHA sampai syurga. Woha!

kepada kepenatan mengharungi majlis meriah walimatul urus siang tadi, bukan
juga pada kepenatan memandu dalam jarak perjalanan yang jauh. Tapi kisah
TIGA HARI TIGA MALAM aku menempuh suka duka dalam misi membantu cinta
 ...

Jodoh Yang Kucari

Cinta di awal remaja telah mengikat hati Suhailah pada Rusydi. Sayangnya lelaki itu berlaku curang menduakannya dengan gadis lain. Sejak itu, fokus Suhailah hanya pada karier hingga menjangkau usia 30an. Dia pasrah bila sering dilabelkan sebagai andartu hingga takdir menemukannya semula dengan Rusydi. Lelaki itu memujuknya mahu kembali bermain cinta sedangkan statusnya adalah suami orang. Sebagai isteri, Azura bertegas menghalang hasrat Rusydi itu. Dengan bantuan Sally yang terkenal dengan lagak Queen Control, misi ini dijalankan. Dalam kesungguhan Sally membantu kakak iparnya itu, dia akhirnya terpalit malu bila Syam, kekasihnya telah jatuh hati dengan Suhailah! Masalah makin kronik.

Cinta di awal remaja telah mengikat hati Suhailah pada Rusydi.

DAHSYATNYA PETAKA KIAMAT

KIAMAT semakin dekat! Kiamat pasti berlaku! Janji-janji Allah itu pasti. Sudah termaktub di dalam kitab suci Al- Quran mengenai Kiamat. Tanda-tanda akhir zaman makin jelas. Tanda-tanda kecil banyak melata. Tanda-tanda besar juga makin nyata. Cuma yang masih menjadi rahsia Allah adalah bila Kiamat akan berlaku. Dunia semakin sakit. Akhlak semakin sempit. Fitnah tegar membadai. Kerakusan manusia menjadi tunjang. Nafsu semakin bermaharajalela. Iman semakin dikesisikan. Yang benar dinafikan dan yang batil dijulang. Itulah realiti akhir zaman. Tanda-tanda Kiamat semakin rapat. Antara tanda akhir zaman ialah fitnah yang berleluasa. Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza. Penindasan berlaku di mana-mana. Kerosakan makin menyenakkan. Bencana alam bertali arus. Banyak peringatan dan amaran yang Allah berikan. Namun, manusia makin alpa dan terbuai dengan yang fana. Kiamat makin dekat namun manusia semakin jauh daripada Maha Pencipta.

Hari Kebangkitan Hari Pengumpulan Hari Pemanggilan Hari Mendekat Berita
Agung Hari Agung Hari Ancaman Hari Penyaksian Kebenaran Besar Demikian
antara nama-nama kiamat yang digunakan dalam al-Quran. Kesemua nama.

Sepi Tanpa Cinta

HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas! Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali! Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

... bidan dan tukang urut wanita di Kampung Sri Gambut. “Kau pulak, kenapa
termenung kat sini sorang-sorang?” soal Sumaiyah. “Dah tak ada orang yang
sudi temankan aku, kenalah termenung sorang-sorang.” Haziqah cuba
berseloroh.

Kopi O Tanpa Gula

KOPI O TANPA GULA memaparkan pelbagai rencah kehidupan yang disampaikan dalam nada santai, tapi cukup sinis. Sememangnya, ada 1001 macam kisah yang terjadi setiap hari, semuanya mempunyai cerita dan kemanisan tersendiri. Jadi, walaupun tidak boleh mengambil gula, kehidupan masih boleh diceriakan dengan kemanisan lain. Senyumlah selalu, kerana senyuman juga adalah satu kemanisan.

Saya tidak dapat membayangkan sekiranya orang pe- rempuan tidak
berperanan sebagai tukang beli, pasti hari raya tidak meriah. Sebab, kalau
ikutkan orang lelaki, raya atau tidak raya sama sahaja tidak perlu tukar pakaian.
Secara peribadi ...

Berani Tanpa Segan

RAMAI orang kata dia kebal, sebab itu dia berani menulis apa sahaja. Tetapi bagi Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih dikenali Dolah Kok Lanas @ DKL, dia menulis apa yang dirasakan perlu. Katanya: “Saya tidak ada kekebalan, yang ada hanyalah kebenaran.” Baik di media dalam mahupun luar negara, semua tulisannya – juga ceramah-ceramahnya di pentas global adalah berdasarkan kebenaran. Coretan dan kata-katanya adalah hasil penelitian selama berpuluh tahun sebagai wartawan, ahli politik, anggota kabinet dan diplomat.

POLITIK: KEBAJIKAN. ATAU. TUKANG. CATUT? Politik bercampur gaul -
kepentingan rakyat, parti dan diri tidak boleh lari, seperti irama dan lagu! J.
aMBOrI UMnO sudah tamat, Parlimen sedang bersidang, Perdana Menteri India
Manmohan ...

70 Motivasi Kehidupan

A) Kejayaan B) Kasih sayang C) Kesihatan Pilih SATU daripada perkara di atas dan pilihan itu bakal menentukan masa depan anda! Sukar, bukan? Hakikatnya, hidup tanpa kejayaan samalah seperti hidup tanpa arah tujuan. Hidup tanpa kasih sayang umpama hidup tiada makna. Namun, sejauh manakah makna kehidupan itu andai masalah kesihatan jadi penghalang? Menyedari betapa besarnya makna kehidupan, maka buku 70 MOTIVASI KEHIDUPAN ini dihasilkan. Bukan untuk memberi kesempurnaan hidup, tetapi sebagai salah satu ‘tiang’ untuk berpaut setiap kali kita hampir tersungkur.

Hidup tanpa kasih sayang umpama hidup tiada makna. Namun, sejauh manakah makna kehidupan itu andai masalah kesihatan jadi penghalang? Menyedari betapa besarnya makna kehidupan, maka buku 70 MOTIVASI KEHIDUPAN ini dihasilkan.

Motivasi minda

membina jati diri gemilang

hidup bersih, tertib dan teratur, jangan ter- lalu banyak berhutang, jangan
terlampau mudah berjanji. • Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa
kehidupan dunia adalah kehidup- an sementara, jagalah amanah dengan pe-
nuh ...